waiting

Friday, January 20, 2012


dah lama ak x tulis blog....
someone waiting me....
ak berazam 2 thn lg ak akan ke sana untuk bertemu someone yg selama ni ak merinduinya...
sentiasa di sisi ak di kala ak kesedihan...peneman yang paling setia.....kwn yg plg x berkira sekiranya ak memerlukan pertolongan....
semakin lama ms untuk mendekatinya semakin suntuk kerana kesuntukan masa....tp suatu hari nanti ak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap beliau di tempat yg sewajarnya...x sbr menanti hari tersebut yg bakal menambah title di dpn nm ak...makkah comin soon...

wanita dan haid.....

Sunday, November 7, 2010

st info yg menarik tentang haid yg kadang2 pompuan ambik ringan dan mudah...utk peringatan utk saya dn jugak kwn2....


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.


Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..


Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


tq marlia pa'muda n aimi for the info....

sinergi...



Novel Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Diterbitkan pada Tahun 2010. Harganya adalah RM23.00. aku rasa agak murah la berbanding novel lain....novel ini bg aku sgt best dan sesuai dibaca oleh semua golongan...

selalunya novel yg aku baca selalu berkisar cinta, percintaan dan angan-angan remaja. tp novel ni bg aku sgt berbeza kerana dia berkisar tentang keimanan. bagaimana seorang tokoh muslim iaitu irfan hakimi menarik beberapa manusia untuk beriman kpd allah. aku terlalu tertarik cara dia mendekati manusia2 utk menuju ke jln yg benar dgn cara yg lembut dan menusuk hati....secara x langsung mengajar pembaca bagaimana menyelami hati manusia secara halus....

irfan hakimi dan rasyid zakwan adalah kwn baik yg selalu dinyatakan dlm buku sebagai sinergi....dorang bagaikan belangkas di mana sorang x tahan sejuk dan sorang lagi x tahan panas....bila salah satu musim datang mereka saling tolong-menolong...bila tiba waktu sejuk, irfan akan membantu rasyid dan bila tiba waktu panas rasyid pulak akan membantu irfan..... sehinggakan aku bermimpi inginkan sahabat seperti ini....sgt akrab....selalu irfan nyatakan di dlm novel bila kita berkwn kerana keimanan kita akan dapat sinergi iaitu 1+1 = sinergi bukannya 2 seperti dlm matematik kerana sekiranya berkwn kerana keimanan kita akan dpt st aura yg luar biasa iaitu kuasa utk melakukan sesuatu yg diredhai dgn bertenaga berbanding sorang...

novel ini menjadi menarik apabila st group iaitu disaster five muncul di bumi jordan utk meneruskan pengajian....kmpln ini berazam melakukan kekacauan di bumi jordan kerana dendam mereka terhadap seorang cikgu yg perwatakan alim tp yg sbnrnya menipu dan menjadikan mereka mangsa di dlm akviti haramnya....byk perkara2 disaster five lakukan utk menimbulkan kekacauan.....sgt menarik dan kadang2 aku pun x terfikir mcm mn mereka blh lakukan.....kalu hendak tahu bcla novel ini.....heheheh.....beest....

plg best cara mcm mn irfan menarik disaster five ke jln yg benar....tersentuh aku apabila sorang2 ahli group disaster five insaf....bkn senang menarik disaster five kerana dendam mereka terhadap orang yg perwatakan alim semasa mereka sekolah dahulu....sehingga mereka benci semua orang yg perwatakan alim termasuklah irfan....bg mereka irfan dan kwn2nya adalah berpura2 utk mendekati mereka dan akan mengenakan mereka seperti ustaz mereka....byk cabaran irfan dan kwn2nya utk mendekati group ni....aku tertanya2 dan terfikir adakah pemuda seperti ifran di muka bumi ini? susah utk berjumpa manusia setabah irfan.....kalu ade pun maybe jarang2 ade...

last sekali mmg best...dh nama pn kawan baik irfan n rasyid citarasa pun smla....isteri pun saudara dekat jugk....sblm mereka nk khwin ni pun byk gak konflik irfan n rasyid akibat tidak berterus-terang n suka berahsia antara st sm lain...
hahaha....last2 slh sorang malu....

aku rasa novel ni mmg best....byk gak input yg leh dpt dlm ini....x rugila kalu beli....tima kawih kwnku kerana memberi pinjam novel ni....hahhaa...tp lps bc buku ni aku rasa mcm nk beli jgk st....hehehe....

perginya dia buat selama-lamanya....

Thursday, November 4, 2010

lama dh x tulis blog.....mybe sbb kekangan masa....masa sgt mencemburui aku..hahaa...
aku rindula ngan nenek aku....sgt2 rindu....plg terkilan hr kegembiraan aku adalah hr dia pg buat selama-lamanya....plg sedih konvo aku x sp2 tgk....lonely seperti biasa...kwn2 semua sibuk sbb aku x jangka mk ayh aku x leh dtg n aku bgtau last minit kat mmbr2 so dorang ade plan lain....aku fhm keadaan mk ayh aku....tp tima kasih jgk mak ayh aku dtg jgk walaupun x sempat tgk aku menggenggam ijazah di ats pentas....mk ayh dtg bila semua dh blk....sedihnya bila aku ingat blk cerita ni....ms tu aku blh tahan lg air mata aku dr jatuh dan plg aku xtahan bila mak as peluk aku seerat2nya.....bygkan lps kluar dewan semua peluk mak sendiri aku peluk mak orang....ya allah....tuhan je yg tahu sedihnya...tp nsb baik aku x nangis dpn mak as...kalu x malunya....tp aku x leh lupa....tu yg membuat azam aku utk smbung blaja bila ade rezeki lg....aku x leh tgk gmbr konvo, kalu tgk gmbr konvo aku or sp2 ke automatik aku akan rs sedih....plg aku terkilan aku x dpt tgk nenek aku buat kali terakhir....walaupun sblm aku g melaka aku smpat tgk n minta maaf ngan dia.....plg terasa sekali bila raya aidilfitri tanpa nenek....ms tula air mata jatuh akhirnya.....dia suka peluk aku banding ngan cucu2 lain....ya allah kuatkan diri aku..mula2 ms hilang beliau aku x rs lg tp bila dh lama2 br aku rasa....tp allah lbh sayangkan nya...


al-fatihah utk nenek aku....



nmpk ceria tp di dlm hati aku hanya tuhan saja yg tahu....

tok...tok...tik...tik....tak...tak.....

Thursday, July 15, 2010

hhahahaha.....
tok2xxxx......assalamualaikum.....
saya dari jbtn pesuruhjaya banci nk banci umah cik....
x de respons.....
tok2xxxx.....responden ckp xmau2....aduh kecewa si pembanci ni....
mula2 niat nk membanci jadi benci pulak.....
sbb dh sign surat tawaran x leh nak buat ap dah....si pembanci ni kena teruskan jgk...
mula2 dia rasa nk give up....tapi lama2 rasa seronok pulak....
dpt jumpa mcm2 ragam manusia.....kalu yg baik mmg baik sgt....kalu yg x de perikemanusiaan mmg jht sgt la....semua tu mmg kena thn la.....
smbil2 tu memberi pengalaman berharga kpd pembanci ni.....
di samping itu, dpt blaja berkomunikasi ngan orang.....
tp lama2 pembanci ni rasa seronok bila buat banci kat umah orang....
best sgt kata pembanci ni....smbil mak ayah nya pun ckp mengalah orang bekerja yg berpuluh2 tahun.....bz btol pembanci.....

peristiwa yg best tentang pembanci ni bila semua ingat dia x de kelulusan....
byk yg pandang rendahla....dorang ingat lps spm...hahaha....nmpk sgt la pembanci ni muda.....
bila pembanci ni banci kat umah india, india tu tanya u buat part time ke? pembanci ni ckp.....ye....then india ni tanya u lulusan universiti ke?....pembanci ni ckpla ya....india ni mcm tau2 je....hehehe....mcm cerita ilusi tu.....
pas2 india ni ckp dia tau sbb tgk cara pembanci ni tulis dia tau lulusan universiti....
pas2 suami dia kluar.....india ni pujila pembanci ni ngan kwn dia sbb ckp pembanci ni very humble walaupun lulusan universiti.....hahhahaa.....
ap lagi kembang kuncup la pembanci ni ngan kwn dia....pas2 india ni banci pulak kitaorang.....
dia nasihatkan kitaorang srh mhn kerajaan n bla2......bla2...bla....
nasihat dia mmg berguna.....agak lama gak pembanci n kwnnya kena nasihat....hahaha....
rasanya kalu buat banci 2 rumah blh siap...ap2 pun nasihat uncle india tu mmg best utk pembanci tu.....

kisah seorang pembanci....


'kerjasama anda amat diperlukan' moto banci....hahaha....

gembira+sedih = suka -suki

Sunday, June 6, 2010

pejam celik pejam celik dah 4 tahun dh.....rs mcm br smlm je masuk utem.... mcm x sangka je dh abis degree.....gembira mmg x yah ckpla....lps dah azab blaja....mslh lain pula timbul iaitu alam pekerjaan...hehehe....ap2 pun nk ckp jgk merdeka.....yeay.....seronoknye....... ap2 pun kenangan bersama bmcd mmg best....mmg aku x kan lupakan kenangan ngan korang semua.....plg aku x leh lupa ms percutian ke perhentian....mmg best....lps ni semua buat haluan masing2....ak rs lps ni kita reunion kat perhentianla syok sikit...hehehe.... thn 4 la plg seksa aku rs sbb dgn projek akhir, tensen nye x yah la ckpla.....ms ni la rsnya ssh btol nk dptkan degree.....tp thn 4 jgk la plg manis....mcm2 hal berlaku....hehehee.....ms nila tahu mn kwn n mana musuh...ap2 pun semua pengajaran di ms hadapan....manusia mmg x leh dipercayai....allah la tmpt kita mengadu dan berserah segala2nya.....dia tahu segala-galanya.....n st lg kita x leh sangka buruk sblm mengenali seseorang.....ap aku merepek ni....hehee.... lastly, harap korang enjoy tgk video bwh ni....kenangan bersama kwn bmcd 2006-2010...korang mmg best.....


aku dh dpt hobi br skrg.....hehehe.....sementara bosan tnggu keje ni......aku dh jatuh cinta dgn benda ni....hehehe....i'm lovin it....hehehhe....dh mcm trademark mcd pulak...hahahha....



sebuah cerita yg menarik jugakla.....

Monday, May 31, 2010

aku tertarik pd st artikel ni.....
harap2 dpt berkongsi dgn anda semua.....

TIADA COUPLE DALAM ISLAM
DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka

link: http://lasiaf87.wordpress.com/2007/05/09/tiada-couple-dalam-islam/