kisah oku....

Sunday, February 21, 2010

aku rs sedih la bila bca st kisah psl oku....
cerita ni kat harian metro dh lama dh citer ni tp tiba2 rs mcm nk tulis kat blog pulak...hehehe...
lg2 bila tahu psm antar lmbt....senang hati sikit....gembira yg teramat2xxxx sgt....
dia sorang yg sgt tabah......
kisahnya bermula begini....jeng....jeng...
jbtn kebajikan masyarakat kot kalu x slh aku....aku pun x ingat...
telah menolong dia utk melanjutkan pelajaran dlm bidang automotif....
akhirnya telah tamat belajar....
setelah abis blaja dlm menempuh alam pekerjaan mcm2 rintangan dia utk mencari pekerjaan...
semua bengkel x nk terima dia bekerja sbbnya dia kurang upaya....
semua orang memperlekehkan kemampuan dia...

akhirnya st bengkel tu menerima dia utk bekerja...
tp tuan kedai tersebut memberi gaji yg sgt rendah....sbbnya org tu x
mmpercayai kemampuan dia.....
tp atas desakan hidup dia terpaksa menerima kerja tersebut dgn gaji yg sgt rendah...
sehingga terpaksa tidur di bengkel tersebut kerana x mampu utk menyewa rumah..

tp yg paling aku sedih bila part dia cerita kat mak dia psl tuan kedai dia. dia cerita tuan dia layan dgn baik n gaji yg bagus n hidup senang tp hakikat nya dia mmg susah.....sehingga kadang2 terpaksa ikat perut....dlm gaji yg rendah ms tu dia blh lg kirim ngan mak dia....korang bayangkan betapa baiknye ank....smpai st tahap dia menipu maknya betapa mewahnya hidup dgn menukar wang rm50 tu ke duit singgit2 utk menampakkan dompet dia tebal ngan duit....mak dia x tahu sehingga la mak dia meninggal.....

tp abg dia sendiri menyiasat kehidupan dia.....n akhirnya abg dia tahu jgk mcm mn susah nya hidup dia kat situ.....tp dia x samapi nk bgtau mak dia..... tido kat bengkel....kadang2 x makan.....sedihnya bila bc part tu....byangkan dgn hidup dia yg susah blh lg kirim duit kat mak dia.....org skrg ade ke mcm tu?....ssh skrg nk tgk yg mcm tu....st dlm seribu kot ....


akhirnya dia berjaya dgn titik peluh dia sendiri.....dia berjaya bukak bengkel n mempunyai beberapa cawangan di malaysia.....dia jgk turut mengambil pekerja2 oku utk menolong golongan2 tersebut kerana pengalaman dia turut mengajar dia utk menolong....
kagum giler aku ngan semangt dia....tiba2 aku rs termotivasi sekejap....hahaha....
kejap je ni....nanti kang jatuh balik....

shbt...

Tuesday, February 16, 2010

btolla kata orang senang utk cari kawan untuk bergembira tp susahnya nk cr sahabat sejati di waktu susah n senang....kadang2 org yg kita percaya itula musuh dlm daging...tahla....serius ssh sgt nk cr btol2 kwn sejati....aku x jumpa lg setakat ni....

aku gembira sbb facebook menemukan kwn2 lama aku yg lama dh x contact especially kwn2sekolah rendah aku....rsnya dah hmpir 11 tahun xjumpa n loss contact....mcm2 perubahan aku tgk kwn2 aku....sma ada dr segi saiz n segalanya melalui gmbrla kat facebook tu....teringat zaman bdk2 dulu....lawak2...xleh lupala.....plg klaka aku rasa zaman kanak-kanak aku....aku teringat mak aku n the geng cikgu suka mengkenen2kan aku ngan sorang ank cikgu( mak bdk tu pun sm suka jgk usik)...padahal x de ape pun....heboh st kelas....malunya yg teramat2 sgt......aku dh lupa kisah tu tp bila kwn aku ungkit blk cerita tu kat facebook aku jd segan...malunye....indahnya zaman kanak2....rsnya mcm nk putar kembali ms tu....cikgu yg best, byk sgt kwn2 yg baik ms tu n x seperti skrg.....yg best ms mak aku jd guru kelas....
kalu x siap keje mak aku mesti pukul kaw2 punya...plg menarik ms ujian penilaian....semua bdk kelas kena.....setiap soalan yg ade 5 mrkah 5 kali kena rotan, 2 markah 2 rotan dan seterusnya....rotan tu mengikut markah yg salah....bayangkan kalu 0/40 markah......40 kali la kena rotan....bengkak tangan x yah ckpla....sian aku tgk mmbr2 aku kena rotan... pas2 bila nk msk waktu lain nk tulis dh x blh.....plg aku x leh lupala kenangan tu....smpai skrg aku ingat kalu nk buat careless dlm ujian ....kwn2 aku syg kamu semua....ni gmbr kwn2 aku ms sekolah rendah....aku tgk bdk kelas aku rmai yg berjaya....alhamdulillah...seingat aku 2 org kwn aku dpt melanjutkan pelajaran kat oversea....slh sorangnya kwn seangkatan aku ms study UPSR dulu....good luck kwn2 semua berjaya di dunia n akhirat.....








tp aku tertarik pd st ayt ni....

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan
menuntut
agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang
lain
tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik.
Dan
orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)

st kisah yg memberi pengajaran kpd diriku...

PETUA MENINGGALKAN MAKSIAT


Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”



Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati perut. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

takutnya aku dgr kisah ini......terima kasih kerana membawa kisah tersebut....

sumber:
http://dzulkhairi.blogspot.com