kpd as ngan bibi

Thursday, December 25, 2008

enjoy kluar ngan korang...
lain kali kita naik bas n ktmla...
aduh...
kena kesabaran yg tinggi....
jenuh nk cr parking n sesat jalan...
bwk keta kat kl kena pakai auto bwk manual mmg kejang la kaki...
tp kata org kalu x sesat x tahu jln tu...
tul x?
lps ni kita naik pengankutan awam jela....

cti...

ari ni dpt cuti panjang sikit....
cuti pun jd buruh x bergaji...
hheheeh....
blk kampung....
keje mengecat umah pondok kat kebun ...
tlg ayh sikit....
pas2 rehat2 tenangkan fikiran...
mengenang org jauh...
sp tu?
pakwe aku skrgla....(kapal terbang la)
hahahaa....
rindu gak ngan kapal terbang...
hari2 dgr deruman kpl terbang di langit biru...

hydraulic.....

minggu ni aku kat bhgn hydraulic...
mesin dia mmg power....
nozzle yg kecik molek mcm semut tu pun harga dia dekat rm 8000
itu br satu...
setiap kapal terbang ade 8 nozzle kalu x salah akula...
bygkan berapa harga dia kalu rosak semua...
itu br nozzle...
blm landing gear lagi dan lain2....
blh bangkrap n cepat kaya jgk...
hush blh beli keta secong hand sebijik n motor baru...
heheee....
ape lgi...
tnggu smbungan nye di kemudian hari.....

lec coming....

Sunday, December 14, 2008

aduh....
esk lec nk dtg...
takut gak....
ape benda aku nk explain ni...
dah la ckp pun x pandai....
doakan aku berjaya......
seminggu x dpt internet rasa gian pulak...
yela mana taknya kalu cuti 24 jam bukak....
bila li seminggu sekali je bukak....

kebesaran solat sunat 2 rakaat

Saturday, December 6, 2008

Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat

Today at 12:44am
Hari ni secara kebetulan saya membaca majalah "MUSLIMAH" di sebuah klinik gigi. Isteri saya buat routine yearly checkup untuk gigi beliau hari ini dan sambil menunggu saya membaca satu artikel yang cukup menarik. Tajuknya "Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat". Hayatilah artikel tersebut dibawah ini.Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail AS meminta izin keada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam kalau rajin...Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...Amin Ya Rabbal Alamin.

pengalaman pertama hahahaa...

apepun2 pengalaman li mula2 seronok
cmpur kagum......
dpt tgk sendiri brg2 kapal terbang dpn mata...
besar gedabak....
teknologi hydraulic dia mmg mengagumkan...
sesuai utk bdk2 bmct...
bgs jgk utk bdk2 bmct..
tp bosan gak sbb sorang je pompuan...
bdk2 yg lain blaja oversea tp praktikal kat situ...
rs rendah diri jgk...
minggu ni aku kat bhgn landing gear...
aku teringat ms buat gear nose landing gear...
pengalaman pergi ctrm....
tp best lg kat mas...
cm bosan sikit x de mmbr....
apepun2 good luck mmbr2 aku....